KELAB RVIP MALAYSIA sedang menjalankan kaji selidik berkenaan 'Keberkesanan Program PdPR daripada Perspektif Ibu Bapa'
Sejak pandemik Covid-19 melanda di negara kita, semua sekolah diarahkan tutup dan para pelajar terpaksa mengikuti pembelajaran di atas talian. Kini sudah genap setahun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan program Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Walau bagaimanapun masih terdapat ramai ibubapa menghadapi masalah dalam menguruskan anak-anak mereka semasa PdPR berlangsung. Bagi mengenal pasti faktor-faktor utama masalah yang wujud ketika pelaksanaan PdPR, semua responden yang mempunyai anak yang sedang mengikuti PdPR digalakkan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini dengan mengisi maklumat yang betul demi masa depan anak-anak kita.
OBJEKTIF KAJI SELIDIK :
Kelab RVIP sedang melakukan kaji selidik di kalangan ibubapa berkaitan dengan program PdPR..
Tujuan utama kaji selidk ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh ibubapa semasa anak-anak mengikuti PdPR dan mencari solusi bagi isu-isu berbangkit dengan penggunaan aplikasi semasa PdPR dijalankan. Hasil kaji selidik ini akan dipanjangkan kepada KPM bagi menambahbaik mutu dan kualiti program PdPR ini dari semasa ke semasa bagi tahun 2021.
Sila klik pautan Google Form berikut: 📲 Klik link di sini untuk menjawab borang kaji selidik ini dan menyebarluaskan kepada kenalan anda.
Terima kasih kerana membantu kami dalam menjawab kaji selidik ini.
- RVIP Club Malaysia
No comments:
Post a Comment